Sukan

Tiada faktor lain, kami tewas kerana kelemahan, kelekaan sendiri  — Kim Swee

Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka-duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

MELIHATKAN riak wajahnya selepas perlawanan, dijangkakan tidak banyak soalan yang akan ditanya. Sebaliknya, ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, menjawab setiap satu dengan huraian tanpa berselindung.

Seakan-akan masih menahan marah – tiada senyuman, tiada gelak-ketawa melainkan kerutan di dahi — selepas anak buahnya dimalukan 0-4 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Jumaat, jurulatih The Rhinos sejak 2001 itu hanya menyalahkan pemain-pemainnya sendiri daripada sebarang faktor lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.