Sukan

The Cops tuntut penjelasan rasmi pegawai Selangor didakwa hambur kata kesat

USAI tamat perlawanan Liga Super antara Selangor FC dan PDRM FC di Stadium Selayang pada Sabtu, timbul dakwaan mengatakan pegawai pasukan Gergasi Merah berpelakuan buruk terhadap pengamal media sejurus wisel penamat ditiupkan.

Pelaku dikatakan menghambur kata-kata kesat terhadap pengamal media depan khalayak ramai yang sekali gus mencemarkan imej kedua-dua individu berkenaan selaku petugas rasmi perlawanan tersebut.

Menurut laporan sebuah portal sukan pada Ahad, pihak PDRM menuntut penjelasan rasmi dari Selangor atas kelakuan yang didakwa mencemarkan identiti kelab diterajui Raja Muda Selangor itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh