SKUAD The Cats bakal menghadapi cabaran getir apabila berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor, Ahad ini untuk aksi separuh akhir kedua menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Cabaran itu menjadi lebih mencabar selepas penyerang berbisa mereka, Ronald Ngah Wanja, disahkan tidak dapat diturunkan.
Menurut pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam, Ronald digantung perlawanan akibat menerima dua kad kuning dalam aksi separuh akhir pertama sebelum ini.







