USAHA untuk mencari pengarah teknikal (TD) buat Terengganu FC giat dijalankan dengan kelab Pantai Timur itu sedang menilai beberapa nama berpotensi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai, Terengganu terbuka terhadap mana-mana calon sama ada tempatan atau dari luar negara.
Namun begitu, kriteria utama yang mesti ada pada TD baharu skuad Penyu adalah mempunyai pengalaman menguruskan kelab sehingga peringkat Asia.





