KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengambil keputusan menolak usaha Mahsuri Medical Centre yang difahamkan berminat meraih 100 peratus saham kelab itu menerusi kenyataan di laman media sosial mereka pada Isnin.
“Pihak KDA FC mengantar surat kepada Mahsuri Medical Centre pada hari ini (11 November) untuk memaklumkan bahawa pihak KDA FC memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100 peratus saham KDA FC.
“Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada Mahsuri Medical Centre dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan,” tulisnya pada Isnin.





