SUDAH kira-kira sebulan sejak Kongres Boling Sepuluh Pin Malaysia (MTBC) mengumumkan barisan pemain yang akan mewakili negara dalam Sukan SEA di Thailand tidak lama lagi.
Namun, bagi Adania Mohd Redzwan, tekanan dihadapi itu tidak menghalangnya daripada terus melakar senyuman meskipun tahu cabaran getir bakal dihadapi.
Perasaan tenang turut ditonjolkan atlet boling tempatan tersebut yang dalam masa sama teruja kerana kali pertama berpeluang dalam satu pasukan dengan jaguh negara, Sin Li Jane yang sudah lama dikaguminya.







