Sukan

Tersiksa jadual padat, Syameer Kutty nekad berjuang bersama Harimau Malaya sedang ‘kesakitan’

TIGA perlawanan dalam tempoh seminggu pastinya memberi tekanan kepada mana-mana pemain bola sepak.

Selepas wisel penamat dibunyikan dalam kekalahan 0-1 Malaysia kepada Thailand bagi perlawanan Kumpulan A Piala Asean 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Sabtu, ramai pemain skuad kebangsaan dilihat berjalan dengan perlahan dan tidak kurang juga ada yang keletihan.

Malah, terdapat juga kebimbangan kecederaan apabila pemain sayap, Adib Abd Raop terpaksa dikeluarkan menggunakan stretcher akibat perlanggaran semasa perlawanan dan dikejarkan ke hospital.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%