Sukan

Terpukau rekod cemerlang di JDT, kelab divisyen atasan Brazil berminat dapatkan Bergson

HANYA satu gol diperlukan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva untuk meleburkan rekod milik Indra Putra Mahayuddin sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Liga Super.

Dia yang tiba pada 2021 itu sememangnya antara peledak import terbaik pernah mewarnai arena bola sepak tempatan dengan kelincahan dan rembatan deras mampu dilakukannya dari pelbagai sudut merupakan ancaman paling bahaya dimilikinya.

Jadi, tidak hairanlah apabila pemain tersebut sudah mencatatkan 150 gol dalam 141 penampilan buat skuad Harimau Selatan sepanjang empat musim berada di Selatan tanah air.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh