Sukan

Terpalit spekulasi e-rokok, Carabat FC, Sharnaaz Ahmad perlu patuhi kod KBS jika ‘naik pangkat’ ke Liga A3

BARU-BARU ini, pemilik kelab Carabat FC, Sharnaaz Ahmad mengesahkan pasukannya bakal bersaing dalam saingan Liga Komuniti A3 Malaysia musim 2025.

Ini selepas dia ditanya tentang penyertaan pasukan itu dalam saingan liga tersebut baru-baru ini, yang mana pelakon Blood Brothers: Bara Naga itu menyatakan keyakinannya bahawa pasukannya sudah bersedia untuk menyertai liga berkenaan.

Carabat memiliki beberapa pemain berpengalaman yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M), antaranya bekas pemain Sri Pahang FC, Azidan Sarudin dan dua bekas pemain Kelantan FC, Qayyum Marjoni dan Irfan Haikal.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh