SEBELUM ini, Selangor FC pernah dikaitkan dengan perpindahan pemain Sri Pahang FC iaitu Ibrahim Manusi selepas Tok Gajah dikatakan akan menarik diri daripada Liga Super musim depan.
Namun begitu, perkhabaran baharu mengatakan yang pemain berusia 23 tahun itu mengubha haluan dengan Ibrahim akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Situasi tersebut memaksa Selangor untuk perlu mengubah pelan jika mereka mahu mencari pemain tengah baharu.








