SIAPA sangka pasukan yang menamatkan saingan Liga Super musim 2024/25 di kedudukan tercorot kini mula menunjukkan kebangkitan luar biasa.
Kelantan The Real Warriors (KTRW FC) tampil garang musim ini apabila berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA dengan menyingkirkan Kuala Lumpur City FC pada Ahad.
Sebelum ini sering dilabel sebagai ‘pasukan belasahan’, skuad bimbingan E. Elavarasan kini mula mengubah persepsi ramai termasuk penyokong sendiri apabila mencatat prestasi meyakinkan dalam musim 2025/26.







