PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan baginda dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu menurunkan diri ke tahap yang rendah dalam kes membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Tunku Ismail bertitah, ada pihak yang cuba mengaitkan pelbagai insiden jenayah yang berlaku dalam negara dengan baginda.
“Dalam insiden Faisal Halim, timbul bisikan dan spekulasi yang cuba kaitkan saya. Biar saya jelaskan, saya dan JDT tidak perlu turunkan diri ke tahap serendah itu.




