Sukan

Terengganu mahu terus ikat Safawi namun berdepan halangan JDT

MUSIM ini, penyokong bola sepak tempatan dapat melihat persembahan pemain kebangsaan, Safawi Rasid dengan lebih kerap apabila dia dipinjamkan ke Terengganu FC dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Persembahan Safawi musim ini menyaksikan dia bermain sebahagian besar daripada aksi Terengganu dalam Liga Super iaitu 22 perlawanan sambil menghasilkan tujuh gol dan dua bantuan gol.

Aksi Safawi bersama Terengganu jelas berjaya memikat pengurusan kelab dengan mereka berhasrat untuk menjadikannya pemain tetap musim hadapan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.