“SUDAHLAH itu, sampai bilakah pengurusan mahu mempermainkan jiwa peminat bola sepak di Kelantan? Bertahun-tahun ditipu dengan masalah di dalam dan luar padang.”
Itulah antara luahan kekecewaan dicurahkan di media sosial, terutamanya dalam ruangan komen Kelantan The Real Warriors (TRW) sususlan kekalahan 0-4 di tangan Kuching City FC pada perlawanan pertama Liga Super musim ini.
Persembahan mengecewakan ditampilkan anak-anak buah E Elavarasan di Stadium Negeri Sarawak menceritakan masalah berterusan dialami skuad Kijang Emas sejak bertahun-tahun lamanya.








