MESKIPUN sudah ‘menukar’ keseluruhan tubuh termasuk kemaluan kepada seorang wanita, atlet transgender masih mempunyai hormon lelaki.
Susulan itu, Martina Navratilova telah mengkritik Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendiriannya terhadap atlet transgender yang bertanding dalam kejohanan tenis wanita, kekal.
Ia berikutan, bintang tenis transgender Alicia Rowley dilaporkan menjadi pemain terbaru memenangi Kejohanan Tenis Kebangsaan Wanita dan ‘Bola Emas yang diidamkan’.





