JARINGAN tunggal permainan daripada T Saravanan pada minit ke-83 menyaksikan Sri Pahang FC berjaya menundukkan Perak FC dalam aksi di Stadium Manjung, Perak pada Sabtu.
Pemain gantian skuad Tok Gajah itu berjaya memecah kebuntuan tidak lama selepas dibawa masuk Fandi Ahmad apabila dia menampan masuk hantaran rendah Baqiudin Shamsudin dalam kotak penalti tuan rumah.
Kemenangan itu pasti menyuntik semangat buat Sri Pahang FC memasuki penghujung kempen Liga Super 2024/25 selain memberi keazaman buat mereka menjelang final Piala Malaysia nanti.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






