LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menggantung serta mendenda tiga kelab iaitu Sri Pahang FC, Perak FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC kerana pelbagai kesalahan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL pada Jumaat, Sri Pahang didapati bersalah kerana menarik diri daripada Liga Super sementara Perak dan KDA dihukum akibat gagal mendapatkan lesen kebangsaan untuk bersaing dalam pertandingan itu bagi musim 2025/2026.
Disebabkan itu, Sri Pahang digantung daripada segala aktiviti bola sepak anjuran MFL selama semusim manakala Perak dan Kedah digantung selama dua musim





