Sukan

Tangguh raikan kejayaan IESF, skuad MLBB negara alih fokus Sukan SEA

PASUKAN Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) negara sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa selepas menjuarai Kejohanan E-Sports Dunia IESF (IESF WEC) 2025 yang dianjurkan di Kuala Lumpur selama empat hari bermula Rabu lalu.

Cabaran hebat dihadapi wakil tanah air pada edisi kali ini, namun persembahan konsisten menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di tangga teratas.

Kemudian, dalam pusingan kalah mati, Malaysia tidak berdepan sebarang masalah dalam menyingkirkan Mongolia dan Indonesia sebelum menewaskan Kemboja dalam perlawanan akhir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.