SKANDAL tujuh pemain warisan Malaysia tampak menjadi topik penyokong bola sepak luar negara apabila media China mendakwa Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) merupakan dalang merosakkan revolusi Harimau Malaya.
Beberapa media China, termasuk 163 dan QQ secara terbuka mendakwa bahawa VFF merupakan pihak yang mengemukakan protes kepada Persatuan Bola Sepak Persekutuan Antarabangsa (FIFA).
“Selepas perlawanan, Persekutuan Bola Sepak Vietnam telah mengemukakan protes berhubung dakwaan penggunaan pemain naturalisasi secara tidak sah oleh pasukan Malaysia dalam perlawanan tersebut,” lapor salah satu laporan media China.






