Sukan

Tak tolak kemungkinan ke SBK, Qabil Irfan sasar juara rookie FIM MiniGP

PELUMBA cilik sensasi negara, Qabil Irfan Azlan meletakkan sasaran tinggi untuk menamatkan musim FIM MiniGP Malaysia 2025 sebagai juara kategori rookie selepas mencatatkan permulaan cemerlang sepanjang musim ini.

Qabil Irfan baru-baru ini terus mendominasi kategori 190 dengan kutipan penuh 150 mata setakat ini selepas menjuarai kedua-dua perlumbaan untuk Pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia 2025 baru-baru ini.

Pelumba 13 tahun itu tidak sabar untuk meraih kejayaan lebih megah menerusi pusingan keempat yang akan berlangsung di LYL International Karting Circuit, Sungai Long Cheras, pada 9 dan 10 Ogos ini. — Majoriti

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh