KELIBAT bek import Selangor FC, Kevin Deeromram mencuri perhatian apabila dikesan meluangkan masa menonton perlawanan bekas pasukannya ketika berada di Thailand baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook SNE Sports, pemain pertahanan Gergasi Merah itu dirakam hadir menyaksikan aksi Ratchaburi FC menentang wakil Vietnam, Nam Dinh FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Stadium Ratchaburi, Thailand pada Rabu.
Kehadiran Deeromram itu muncul sehari selepas dia membantu Selangor FC meraih satu mata berharga dalam keputusan seri 1-1 menentang Bangkok United pada Rabu.






