KELAB Liga Super, Selangor FC memilih untuk berpisah dengan pemain tengah import mereka, Toni Domgjoni akibat faktor peribadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab itu pada Rabu, Selangor mengatakan yang pemergian pemain dari Kosovo itu adalah faktor kesihatan dan keluarga.
Domgjoni yang tiba serentak dengan seorang lagi pemain import iaitu Mamadou Diarra sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACLTwo) menentang Persib Bandung pada 6 November tidak bermain walaupun seminit untuk kelab itu.





