Sukan

Tak salah pun JDT rai keputusan ikat Machida Zelvia waima gagal raih 3 mata

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) masih belum merekodkan sebarang kemenangan selepas dua perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite setelah mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Machida Zelvia di laman sendiri pada Selasa.

Keputusan itu meletakkan wakil tunggal negara tersebut di tangga kesembilan dalam fasa liga dengan hanya satu mata direkodkan selepas mengalami kekalahan ketika aksi pembukaan menentang Buriram United di Thailand.

Ini merupakan satu situasi merisaukan buat skuad Harimau Selatan yang semestinya mahu kembali ke kelompok lapan teratas dengan segera untuk meloloskan diri ke pusingan kalah mati.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh