MANCHESTER United dilaporkan akan mempergiat usaha mendapatkan penjaga gol Aston Villa iaitu Emiliano Martinez namun hanya selepas berjaya menjual Andre Onana.
Bekas pencari bakat kelab, Brown yang berpengalaman luas dalam pengambilan pemain untuk kelab-kelab ternama seperti Tottenham, Aston Villa dan West Ham mendedahkan bahawa United sedang merancang untuk menggunakan jaringan hubungan mereka dengan ejen pemain itu, Jorge Mendes.
“Manchester United sudah nyatakan dengan jelas bahawa mereka mahu mendapatkan Martinez,” kata Brown memetik laporan Football Insider.






