Sukan

Tak risau Trent ke Real Madrid, Slot ada pilihan pemain akademi atau bek Belanda isi kekosongan

LIVERPOOL sudah memulakan pencarian bagi mengganti Trent Alexander-Arnold yang sudah bersetuju dengan terma Real Madrid dan akan menyertai kelab itu secara perpindahan percuma pada penghujung musim ini, seperti disahkan oleh Fabrizio Romano pada awal minggu ini. 

Alexander-Arnold, yang dianggap sebagai salah seorang bek kanan terbaik di dunia bakal meninggalkan kekosongan besar di bahagian kanan pertahanan Liverpool terutamanya dalam aspek serangan, dengan hanya segelintir pemain sahaja mampu menggantikan kualitinya. 

Liverpool berkemungkinan besar akan mencari pengganti dari dalam kelab sendiri, dengan Conor Bradley muncul sebagai calon utama selepas pemain muda itu telah beberapa kali menggantikan Alexander-Arnold musim ini. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%