Sukan

‘Tak rasa kelab luar cari pemain Malaysia’, Arif Aiman beri mesej jelas soal kesetiaan lepas rangkul 3 anugerah ABK

TONGGAK Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.

Dalam Majlis ABK 2024-2025 yang berlangsung pada Rabu itu menyaksikan sebanyak 17 kategori dipertandingkan dengan Arif Aiman membawa pulang tiga anugerah Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2024-2025 dan Fans Xi (Penyerang). 

Kecemerlangan itu meletakkan Arif Aiman berada di kelas tersendiri apabila menjadi satu-satunya pemain yang meraih gelaran MVP sebanyak empat kali berturut-turut selepas bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 sehingga 2012.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.