TONGGAK Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.
Dalam Majlis ABK 2024-2025 yang berlangsung pada Rabu itu menyaksikan sebanyak 17 kategori dipertandingkan dengan Arif Aiman membawa pulang tiga anugerah Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2024-2025 dan Fans Xi (Penyerang).
Kecemerlangan itu meletakkan Arif Aiman berada di kelas tersendiri apabila menjadi satu-satunya pemain yang meraih gelaran MVP sebanyak empat kali berturut-turut selepas bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang merangkul hatrik pada musim 2010 sehingga 2012.






