Sukan

Tak ramai tapi ada, Baddrol Bakhtiar, ex import Pahang dan TFC pernah jadi ‘duri dalam daging’ JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yang membawa watak pasukan terkuat Liga Malaysia (Liga M) sememangnya tidak boleh disangkal kemasyhurannya apabila sudah mempertahankan kejuaraan Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut.

Sejak pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim membina empayar Harimau Selatan sekitar tahun 2013 yang lalu, pelbagai detik pahit dan disulam dengan kejayaan manis seperti merangkul Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 menjadi saksi kehebatan pasukan itu.

Tidak selesa dengan kejayaan-kejayaan itu, Harimau Selatan semakin menambah baik reputasi mereka sebagai kelab apabila mencatatkan 100 gol dan hanya bolos sebanyak tujuh gol bagi Liga Super musim 2023.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh