MALANG bagi seorang pengadil perlawanan bola sepak apabila dia bukan sahaja dihina, malah hilang dua batang gigi selepas ditanduk pemain.
Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan akhir divisyen simpanan antara San Lorenzo dan Central Molino di Maldonado pada Rabu.
Berdasarkan laporan, pengadil bola sepak di Uruguay itu melayangkan dua kad merah terhadap dua pemain San Lorenzo kerana menghina pengadil.





