“SAYA tidak menyangkal kos ke Sukan Malaysia (SUKMA) tinggi, tapi untuk minta tuan rumah tanggung tidak pernah berlaku.”
Itu antara pandangan yang dilontarkan oleh Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi apabila mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor pada Rabu (10 Julai).
Sebelum ini, Sanusi berharap agar Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung bulan depan.







