PRESTASI cemerlang ditunjukkan Selangor FC II dalam Liga A1 Semi Pro 2025/26 selepas tidak mengalami sebarang kekalahan dalam 12 perlawanan setakat ini.
10 kemenangan dan dua keputusan seri tersebut memastikan skuad muda Gergasi Merah mencatatkan 32 mata yang mengukuhkan kedudukan pasukan itu di tangga teratas setakat ini.
Malah, kelebihan besar turut dimiliki mereka berbanding pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) II di tangga kedua dengan enam mata membezakan kedua-dua pasukan pilihan itu.








