MANCHESTER United dilaporkan sedang memantau rapat situasi pemain tengah Real Madrid, Federico Valverde selepas timbul dakwaan berlaku ketegangan antara pemain Uruguay itu dengan pengurus, Xabi Alonso, sekali gus membuka kemungkinan perpindahan.
Menurut laporan The Mirror, kejurulatihan baharu United di bawah kendalian Ruben Amorim melihat Valverde sebagai watak utama dalam usaha merombak sepenuhnya bahagian tengah.
Kelab itu difahamkan bersedia mengemukakan tawaran sekitar £87 juta (RM475 juta) , namun Real Madrid meletakkan harga lebih tinggi, berpotensi mencecah £100 juta (RM547 juta) atau diselitkan klausa pelepasan besar.





