Sukan

Tak kisah bersaing dengan bekas tonggak Penang dan TRW, Husin gembira jadi pemain pinjaman skuad Jang

PENYERANG sayap kelahiran Myanmar, Hein Htet Aung sekali lagi berhasil memikat pengurusan Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila dia disahkan berhijrah ke Paroi sebagai pemain pinjaman dari Selangor FC.

Dengan dua gol yang berjaya dilakukan pemain import dari Myanmar ini pada musim 2023 membuktikan kudratnya sentiasa diperlukan skuad Jang meskipun hanya bersama pasukan selama empat bulan sejak dipinjamkan tahun lalu.

Htet Aung turut berasakan keserasiannya bersama Negeri Sembilan juga bertambah baik selain berharap prestasinya akan terus meningkat dengan misi menambah jaringan gol pada musim ini, sekali gus membantu memperkuatkan serangan skuad Jang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh