KEBELAKANGAN ini, heboh diperkatakan di media sosial mengenai nama-nama yang akan menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas terdapat ura-ura mengatakan rombakan akan dibuat terhadap organisasi itu.
Perubahan itu dikatakan bakal dilaksanakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang pernah memegang jawatan sebagai presiden badan induk bola sepak negara tersebut.
Meskipun perkara berkenaan masih belum disahkan, beberapa bayangan dikongsikan di media sosial menunjukkan perubahan terbabit akan menyuntik nafas baharu buat Harimau Malaya.