LIVERPOOL FC terlepas peluang mendapatkan pemain tengah Sepanyol, Martin Zubimendi yang dilaporkan semakin hampir menyertai Arsenal seperti mana dilaporkan pelbagai media antarabangsa ketika ini.
Perkhabaran itu sudah tentu mengecewakan kerana juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 itu sebelum ini difahamkan bersedia membuat tawaran €60 juta (RM290 juta) pada jendela perpindahan lalu.
Bagaimanapun, hasrat skuad The Reds itu tidak kesampaian selepas kelabnya, Real Sociedad menolak tawaran terbabit dengan pemain berkenaan turut menyatakan keengganan meninggalkan pasukan La Liga terbabit.







