KEPUTUSAN kelab Pantai Timur, Sri Pahang FC untuk menarik diri daripada Liga Super musim depan jelas mengecewakan penyokong.
Dengan ketiadaan mereka di Liga Super, ia akan menjadikan tiada kelab dari Pahang akan beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Malaysia musim depan.
Penyokong Sri Pahang secara terbuka mengharapkan semua itu tidak akan terjadi, dengan mereka masih menanti jika ada keputusan pusingan-U daripada pengurusan kelab untuk kekal di Liga Super.






