Sukan

Tak dipanggil Kim Pan-gon, Arif Aiman ‘terbang tinggi’ tercalon Pemain Muda Terbaik Asia

PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi bualan penyokong sekitar Asia walaupun tidak dipanggil Kim Pan-gon untuk menyertai kem kebangsaan kerana mengalami kecederaan.

Arif Aiman kembali menjadi sebutan Asia kerana nama pemain berusia 22 tahun itu tersenarai dalam bintang muda yang layak diangkat sebagai Bintang Masa Depan NEOM Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Selain Arif Aiman, Ali Jasim (Air Force Club), Faisal Al Ghamdi (Al-Ittihad), Zafarmurod Abdirakhmatov (FC Nasaf), Kim Jeong-hoo (Jeonbuk Hyundai Motors) dan Asahi Uenaka (Yokohama F. Marinos) turut tersenarai.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%