BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Ramsani menempah tiket ke final Terbuka China selepas menewaskan pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin pada Sabtu.
Sze Fei-Izzuddin yang kini berada di kedudukan ke-12 dunia pernah mengalami kekalahan kepada lawan mereka itu ketika bertemu minggu lalu di pusingan kedua Terbuka Hong Kong.
Bagaimanapun, persembahan lebih baik dipamerkan beregu negara itu untuk menewaskan Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 dalam aksi yang berlangsung selama 43 minit di Pusat Sukan Gimnasium di Changzou, China.






