POLIS kini sedang menyiasat kes pecah rumah melibatkan pemain bola sepak, Ahmad Khuzaimi Piee.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata tindakan segera itu susulan laporan polis yang dibuat pemain Selangor FC berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 malam Rabu.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan MPV berwarna putih untuk pergi ke rumah sebelum mencuri motosikal mangsa.