Sukan

Sudah terbukti di MBPJ, JDT perlu waspada bisa 3 bintang Bangkok United

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya memburu kemenangan kedua dalam saingan aksi Kejohanan Kelab Asia Piala Shopee menentang Bangkok United FC pada Khamis di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor. 

Bermain di laman sendiri jelas akan memberi kelebihan banyak kepada skuad kendalian Xisco Muniz lagi-lagi JDT masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan berkenaan selepas merekodkan kemenangan 3-1 ketika menentang Lion City Sailors. 

Bagaimanapun, kekuatan wakil Thailand berkenaan tidak boleh dipantang enteng berikutan mereka baru sahaja meraih kemenangan 4-2 menentang Selangor FC dalam aksi pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh