SEHINGGA hari ini, isu padang masih belum diselesaikan 100 peratus meskipun terdapat pelbagai usaha dicurahkan pihak berkuasa seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Meskipun dana bernilai jutaan ringgit sudah disuntik kepada kelab Liga Super, perubahan signifikan masih belum dapat disaksikan dengan masalah itu berulang saban tahun.
Kemelut itu turut dibincangkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara kerap dengan dia meminta pihak pengurusan pasukan tempatan supaya cakna mengenainya.







