KEDAH Darul Aman (KDA) FC nampaknya sudah beralih daripada DSAT Group apabila dikhabarkan menemui penaja baharu yang sudi membantu membaik pulih kewangan pasukan Utara tanah air tersebut.
Menerusi foto tular di laman Facebook, menyaksikan pemilik majoriti kelab tersebut, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bertemu dengan dua individu yang dikatakan berminat untuk memberi tajaan kepada Kedah.
Lebih menarik, salah satu daripada individu tersebut ialah anak jati Kedah yang juga pelakon popular tanah air, Farid Kamil apabila dilihat berdiri di sebelah kanan Mohd Daud dalam foto tular berkenaan.






