Sukan

Sudah keluar ICU belum tentu keluar hospital, semangat famili Faisal Halim cukup kuat — Adam Adli

PENYERANG sayap kebangsaan, Faisal Halim masih memerlukan rawatan rapi dari pihak hospital walaupun pemain itu kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas sembilan hari berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abd Halim berkongsi perkembangan berkenaan selepas menerima maklumat daripada ahli keluarga pemain berusia 26 tahun tersebut usai menziarah ayah Faisal, Abdul Halim Saad pada Selasa.

“Saya ada melawat ziarah keluarganya dan semangat keluarga beliau baik. Dari segi rawatan yang diterima Faisal…. Tentu sekali akan ambil masa yang panjang. Setiap yang terbaik dah diberikan dari sudut sokongan dan perubatan kepada Faisal dan keluarga. Dia kini mungkin dah keluar ICU betul tapi belum tentu boleh keluar hospital. Masih perlukan rawatan terbaik,” katanya selepas ditemui selepas Majlis Pelancaran program Semarak Hari Belia Negara @ KBS 2024 di Menara KBS, Putrajaya pada Rabu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh