DI saat kelab-kelab Liga Super seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Terengganu FC rancak membawa masuk pemain baharu, ada satu pasukan yang tidak boleh dipandang enteng.
Kelab Sarawak, Kuching City FC secara aktif merekrut ramai pemain untuk musim baharu dengan harapan dapat membaiki kedudukan liga mereka yang begitu mengecewakan pada 2023.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu mendapatkan beberapa pemain baharu seperti Jordan Mintah, Filemon Anyie, Rodney Celvin dan ramai lagi.







