Sukan

Steinbruckner sahkan Safawi kembali ke Terengganu sebagai pinjaman

PEMAIN Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dijangka kembali beraksi bersama Terengganu FC (TFC) untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan.

Ketua jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner berkata, rundingan pinjaman melibatkan pemain kelahiran Dungun berusia 26 tahun itu kini hampir selesai.

“Saya tahu beberapa pemain akan kembali seperti Safawi… daripada JDT (Johor Darul Takzim) sebagai pinjaman. Saya rasa rundingan hampir selesai. Dan kita sudah menandatangani kontrak dengan beberapa pemain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus pada Ahad.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.