NAMA Mohamed Salah pastinya dikenali oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Aksinya di bahagian sayap untuk Liverpool sentiasa memukau dan menghasilkan banyak gol.
Legasinya di Anfield sudah pun terpateri. Jika dia benar-benar tinggalkan The Reds pada akhir musim 2024/2025, pastinya Salah akan pergi sebagai legenda kelab.
Status sebagai legenda Liverpool sudah jelas kepunyaannya. Mungkin sudah tiba masa untuk letakkan dia dalam kalangan GOAT (Greatest of All Time) di peringkat Liga Perdana Inggeris (EPL) pula.








