SETIAP pemain bola sepak sama ada profesional mahupun amatur, pasti mereka tidak lari daripada melakukan beberapa kesalahan dalam perlawanan yang mana perkara itu akhirnya akan menyebabkan mereka mendapat hukuman.
Hukuman yang diberikan itu menerima pelbagai reaksi daripada pemain, ada menerimanya dengan hati terbuka dan terdapat juga pemain memberi respons memberontak sebagai tanda protes dengan keputusan pengadil.
Walaupun hampir semua pemain pernah terpalit melakukan kesalahan, tidak dapat dinafikan ada di antara mereka masih kekal menunjukkan sikap baik ataupun lebih berdisiplin ketika perlawanan berlangsung.