Sukan

Sri Pahang tunggu masa diaibkan di Temerloh, Nabil Latpi lepas geram lepas VAR nafi gol pertama

WALAUPUN beraksi di laman sendiri, Sri Pahang FC tampak sukar untuk melakukan serangan ke arah gawang Penang FC apabila ketinggalan 0-1 setakat separuh masa pertama bagi aksi Pusingan 16 Piala FA di Stadium Temerloh, Temerloh, Pahang pada Jumaat.

Skuad kendalian Fandi Ahmad menurunkan pemain utama seperti Kpah Sherman dan penyerang sayap, Manuel Hidalgo untuk bahagian serangan namun masih tidak dapat melepasi gawang Penang yang dijaga Sikh Izhan Sikh Azman.

Lebih mengaibkan apabila gawang yang dijaga Zarif Irfan sudah dibolosi seawal minit kelima menerusi cubaan Nabil Ahmad Latpi selepas kelalaian dari pertahanan skuad Tok Gajah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.