NEGARA dikejutkan dengan pemergian legenda hoki terkemuka, Sarjit Singh pada usia 63 tahun, akibat masalah kesihatan.
Mendiang yang merupakan bekas pemain dan ketua jurulatih skuad kebangsaan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam Ahad di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau dianggap antara jentera terbaik negara kerana turut menyumbang kepada pembangunan hoki Malaysia sebagai pemain mahupun jurulatih.





