Sukan

‘Soalan senang ke atau Elaine tak cerdik?’, bekas atlet tumpang bangga adik dapat 10A, berpesan jangan gundah jika gagal

BEKAS jaguh taekwondo negara, Elaine Teo Shueh Fhern tampil berkongsi kisahnya sebaik pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian adiknya yang memperoleh 10A dalam peperiksaan tersebut.

Dalam masa sama, Elaine turut menitipkan pesanan bermakna buat para pelajar yang mungkin tidak mencapai keputusan cemerlang agar tidak mudah berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan percaya bahawa setiap individu memiliki laluan dan rezeki yang berbeza.

Elaine yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Athens 2004 dan Beijing 2008 mendedahkan bahawa dirinya hanya sempat membuat persiapan SPM selama sebulan selepas menyertai kejohanan sukan yang dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.